Resepi Pavlova dan tips


bahan meringue:

4 biji telur putih
200 g gula castor
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh cuka makan (boleh ganti dengan jus lemon / cream of tartar)
1 sudu teh esen vanilla

bahan topping:

1/2 cawan whipping cream (non-dairy)
buah-buahan (strawberry, blueberry, kiwi) *ikut selera tekak

aku pernah tersilap beli whipping cream yg kotak kecik tu. nama sama, tapi lain jenis sbenarnya. yg tu lebih pekat n tawar dannn cepat cair. dan susah nak pukul xD
beli whipping cream jenis yg dalam gmbar ni. memang khas untuk topping. dah manis, tak payah tambah gula ok.

contoh whipping cream yg sesuai (sumber)

  1. Pukul telur sehingga kembang. Masukkan gula castor sedikit demi sedikit dan esen vanilla semasa memukul telur.
  2. Bila dah kembang (tonggeng, tak tumpah), masukkan tepung jagung dan cuka kemudian kacau sebati. (meringue)
  3. Letakkan meringue tadi ke atas kertas minyak dan bentukkan. jangan risau kalau tak jadi bentuk bulat atau petak dsb. sebab nanti bila sapu krim & tabur buah memang akan jadi cantik jugak.
  4. Bakar dengan suhu 120°C selama 2 jam. (Pastikan panaskan oven terlebih dahulu) oven kadang2 berbeza sikit, so check pavlova korang dari luar. takut terlebih masak pulak.
  5. Pukul whipped cream sampai kembang.
  6. Sapu krim topping di atas kek pavlova yang sudah dimasak dan taburkan buah2 pilihan anda.
  7. sejukkan - makannnn.. omnomnom~
resepi ni memang sesuai untuk orang yg suka makan manis2..sweet tooth orang panggil xD
kalau aku buat, aku kurangkan lagi gula tu.. selamat mencuba.

boleh buat saiz besarrrrr

boleh buat saiz mini~ comel2 dalam cup macam ni

Comments

Popular posts from this blog

lips care for sensitive skin | produk untuk bibir sensitif

Tempahan kek Semenyih